Gambar Konsert Di Tangan Anda! Keupayaan Kualiti Gambar Terbaik Hanya Dari Siri HUAWEI P30!

354
**********

Jika anda tanya, apa minat rakyat Malaysia? Haa… jawapannya selain suka jalan-jalan cari makan, semestinya ajak member-member pergi konsert terutamanya penyanyi paling popular atau diminati mengadakan persembahan konsert di Malaysia, mesti heboh-heboh menanti hari itu tiba kan?!

Konsert jelajah “Blue Live In Malaysia 2019” dari boyband popular Britain, BLUE yang baru sahaja menutup tirai berjaya menyambut kemeriahan dan sokongan penuh dari peminat mereka. Namun, keindahan ini hanya boleh dijadikan ingatan manis dalam memori kecuali anda mampu mengambil gambar yang cukup menarik dan jelas dalam persembahan tersebut.

Masalah ini biasanya berlaku bagi yang duduk agak jauh dari pentas, sebenarnya bolehkah anda mengambil gambar penyanyi kegemaran anda dari jauh? Boleh je… Cuba lihat gambar dari konsert Blue ini, ia seolah-olah diambil dengan peranti pintar yang mempunyai kuasa penggambaran hebat.

Walaupun duduk jauh dari pentas, tetapi setiap penyanyi di atas pentas masih boleh dilihat dengan jelas. Ini pastinya membolehkan semua penonton menikmati konsert seolah-olah mereka duduk di barisan hadapan. Sangat luar biasa dan menarik, bukan? Tidak dapat dinafikan bahawa gambar ini mungkin diambil dengan sebuah peranti pintar HUAWEI, pengeluar peranti pintar yang sangat terkenal dengan keupayaan kamera mereka.

Tahun lepas HUAWEI telah memperkenalkan peranti pintar pertama di dunia yang menggunakan teknologi tri-kamera iaitu siri P20, di mana secara automatik mentakrifkan semula cara kita menangkap detik-detik kehidupan.

Sebagai seorang perintis dalam memajukan bidang penggambaran peranti pintar, HUAWEI sentiasa melangkah ke depan dengan membawa peningkatan bahkan pengemaskinian baharu pada peranti mereka. Susulan pelancaran siri P20, siri Mate 20 Pro juga menggabungkan teknologi tri-kamera yang mana berjaya mencapai skor 109 dalam tanda aras DxOMark, mewarisi kemerlangan P20 Pro.

Sebelum itu Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif HUAWEI juga telah berkongsi satu gambar bulan ke akaun Weibo dengan capsyen ia adalah salah satu gambar bulan terbaik yang pernah diambil dalam hidupnya. Daripada watermark, ia kemungkinan besar diambil dengan HUAWEI P30, peranti pintar yang bakal diperkenalkan 26 Mac dengan slogan “Rewrite The Rules”.

Pelancaran siri HUAWEI P30 di Malaysia juga menyediakan tawaran menarik khas peminat siri ini, iaitu hadiah percuma HUAWEI Backup. Ia merupakan sebuah pemaju cakera keras berkapasiti 1TB yang boleh anda gunakan untuk penyimpanan data.

Apa kejutan menarik lagi yang siri HUAWEI P30 ini akan tampilkan? Sila tunggu 26 Mac nanti. Sementara itu sebelum ketibaan siri P30, anda juga boleh menerokai kehebatan siri Mate 20 menerusi Huawei Online Shop.

#Advertorial dari HUAWEI Malaysia

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here