Pengguna Hadapi Masalah Untuk Mengakses Facebook, Instagram & WhatsApp

519
**********

Facebook dan Instagram dilaporkan tidak boleh diakses sejak malam Rabu (13/3/2019) hingga ke hari ini (14/03/2019) oleh pengguna di seluruh dunia.

Meskipun ada segelintir pengguna boleh membuka platform seperti biasa, namun pengguna mengadu bahawa mereka tidak boleh menghantar mesej, muat naik posting dan melakukan pelbagai akvitivi lain padanya.

Selain Facebook dan Instgram, platform Whatsapp juga dikatakan turut terjejas. Pihak Facebook mengesahkan bahawa mereka sedia maklum akan hal ini dan penyelesaian menyeluruh sedang diusahakan. Tambah mereka, masalah ini tidak berkaitan dengan serangan DDoS.

Difahamkan, pengguna di Malaysia juga mengalami masalah yang sama untuk mengakses Facebook, Instagram dan Whatsapp. Adakah anda semua juga hadapi masalah yang sama?

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here