Dapatkan Vivo V15 Di Tunetalk & Nikmati 120GB Pelan Internet Tahunan Percuma

231
**********

vivo V15 telah pun tersedia untuk pasaran tempatan dengan tanda harga RM 1,399 seunit. Bagi menambah keterujaan ramai, kini anda boleh memiliki vivo V15 di Tunetalk.

Melalui promosi ini, anda boleh menikmati pelan tahunan 120GB secara PERCUMA (10GB x 12 bulan). Lagi menarik, setiap pembelian juga anda bakal menerima kotak hadiah eksklusif daripada vivo (konsep siapa cepat dia yang dapat).

vivo v15 hadir dengan saiz badan yang lebih besar iaitu paparan berukuran 6.53″ dengan resolusi FHD+ (080×2340) bersama rekaan kamera selfie “pop up” sebesar 32MP. Ia dijana oleh cip pemprosesan Helio P70 dan dibantu memori sebesar 6GB + 128GB ROM. Kamera utama adalah gabungan lensa 12MP + 8MP + 5MP, manakala bateri sebesar 4,000 mAh (Dual-Engine Fast Charging).

Lebih banyak promosi vivo : 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here