Celcom Kini Tawar eSIM Bagi Peranti iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR

517
- Iklan -

Celcom telah mengumumkan bahawa pihak mereka telah menawarkan eSIM yang mana ia boleh digunakan pada telefon pintar terbaharu keluaran Apple iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

Ia bakal ditawarkan bermula 28 Mac 2019 dan turut tersedia sokongan sejumlah pelan pascabayar pada ketika ini.

Buat yang belum mengetahui, menerusi eSIM, pengguna tidak perlu membuat gantian kad, tetapi ia dilakukan secara maya yang mana anda hanya perlu buat tetapan dan imbas kod QR menerusi peranti anda. Jika berminat, anda boleh terus pergi ke Celcom Bluecube.

_____________________________

Baca juga:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here