Apple Perkenalkan Kemaskini iPad mini Dengan Sokongan Apple Pencil – Harga Bermula RM1699

353
**********

Sebelum tibanya Apple Special Event pada 25 Mac (waktu tempatan 26 Mac, 1am), hari ini Apple telah mengumumkan kemaskini untuk peranti mereka dan salah satu adalah iPad mini.

Tablet bersaiz 7.9 inci ini hadir dengan sokongan cip Apple A12 Bionic, menurut Apple iPad mini baharu ini menawarkan kuasa pemproses yang lebih pantas berbanding iPad mini 4. Selain itu, sokongan AR turut dilengkapi bersama 8MP pada kamera utama sementara 7MP pada kamera FaceTime HD.

Paparan skrin tablet ini menggunakan Retina Display, di mana sokongan paparan True Tone  disediakan bagi menjamin paparan yang lebih jelas. Kemaskini kali ini juga memperlihatkan kehadiran Apple Pencil yang memudahkan catatan nota dibuat, di samping kerja melakar dan sebagainya boleh dilakukan pada bila-bila masa.Bagi peminat Apple, tablet iPad Mini baharu ini boleh dibeli dengan tawaran harga bermula RM1699 untuk versi WiFi, sementara harga bermula RM2,249 untuk versi selular. Pembelian secara atas talian di laman rasmi Apple

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here