Apple Dilaporkan Mula Perbaiki iPhone, Meskipun Menggunakan Bateri Pihak Ketiga

402
- Iklan -

Apple dilaporkan telah mengubah polisnya apabila mereka kini dikatakan mula menerima untuk perbaiki iPhone walaupun didapati peranti tersebut menggunakan bateri daripada pihak ketiga.

Memetik laporan portal Macrumors, iPhone yang dihantar ke Genius Bar atau Apple Authorised Service Provider (AASP) untuk diperbaiki, juruteknik dibenarkan untuk memperbaiki peranti tersebut meskipun ia menggunakan bateri pihak ketiga – telah berkuatkuasa secara global.

Ini termasuklah peranti yang memerlukan penukaran bateri ataupun tidak – Jikalau melibatkan penggantian bateri, mereka juga dibenarakan untuk menggantikan bateri tulen pada peranti tersebut.

Sumber berkata lagi, peranti yang didapati mengalami kerosakan serius pada bahagian dalaman dan masih berada di bawah waranti, akan diganti dengan peranti baru. Perkara ini pasti mengejutkan ramai kerana Apple sebelum ini amat tegas dalam baik pulih peranti.

[SUMBER]

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here