Acer Melancarkan Komputer Riba Gaming Baharu – Predator Triton 500 Dilengkapi NVIDIA GeForce RTX Harga Bermula RM6,799

334
**********

Komputer riba gaming semakin diutamakan selain peranti gaming, hari ini Acer Malaysia juga telah memperkenalkan komputer riba gaming terbaru mereka iaitu Predator Triton 500 yang sebelum ini tampil di acara CES 2019.

Acer Predator Triton 500 merupakan komputer riba gaming yang menggunakan kad grafik baharu NVIDIA GeForce RTX, ia hadir dalam tiga varian berbeza iaitu pilihan Intel Core i5-8300H atau Intel Core i7-8750H, melengkapkan memori 2x8GB DDR4 RAM, storan 512GB SSD, serta pilihan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB atau NVIDIA GeForce RTX 2070 8GB.

Sebagai komputer riba gaming, selain kad grafik berprestasi tinggi, paparan skrin 15.6 inci IFS FHD juga sangat diperlukan termasuk juga sokongan kadar segar semula 144Hz supaya dapat menikmati permainan video sepenuhnya dalam keadaan yang lancar.

Teknologi 3D AeroBlade generasi ke-4 turut disediakan bagi menjamin komputer riba sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.

Kaki gaming boleh mendapatkan Acer Predator Triton 500 ini dengan tawaran harga seperti berikut:

  • Intel Core i5, NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB: RM6,799 (Ketersediaan mulai sekarang)
  • Intel Core i7, NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB: RM7,599 (Ketersediaan: April 2019)
  • Intel Core i7, NVIDIA GeForce RTX 2070 8GB: RM8,699 (Ketersediaan: April 2019)

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here