- Iklan -

Samsung Malaysia baru sahaja melancarkan siri Galaxy S10 dengan tawaran harga bermula RM2,699, siri baharu ini sudah tentu memberikan satu nafas baharu dalam dunia peranti pintar. Selain prestasi yang tidak dapat disangkal lagi, fungsi dalaman yang dapat memudahkan hidup anda juga tidak boleh diabaikan.

Sekarang, jom kita lihat 14 tips wajib tahu pada peranti Samsung Galaxy S10+.

01# Screen Zoom 

Jika anda menggunakan Galaxy S10+ ini mungkin anda akan terasa item seperti ikon dan font agak besar kan? Tapi jangan risau, anda boleh melaraskan saiz item pada paparan skrin dengan 4 langkah yang mudah.

Sebelum tetapan,                                                            Selepas tetapan
Cara melakukan tetapan:
(1) Pergi Settings (2) Pilih Display (3) Klik Screen Zoom (4) Laraskan saiz item pada paparan

 

02# Landscape Mode

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh menggunakan home screen dalam landscape mode. Ia sekaligus memberikan variasi tontonan home screen kepada anda.

Cara tetapan:

1) Tekan Home screen dalam 3 saat (2) Pilih Home screen settings (3) Pilih rotate to Landscape mode

Kini anda sudah boleh menggunakan Landscape mode. Ia nyata memberi perspektif baru kepada anda.

 

03# Gesture

Anda pasti dapat melihat android key pada bahagian bawah skrin peranti ini yang disertakan dengan fungsi back, home dan sebagainya.

Anda sebenarnya boleh enable gesture.Cara tetapannya adalah sangat mudah:

(1) Pilih settings (2) Pilih Advanced features (3) Klik Navigation bar (4) Pilih Full screen gesture

Anda kini boleh melihat di bahagian bawah sudah tiada android key.

Anda juga boleh menggunakan gesture hint sekiranya anda tidak biasa lagi menggunakan Full screen navigation.

 

04# Night Mode

Kadang-kala jika anda menggunakan telefon pada waktu malam, warna putih pada background peranti ini akan kelihatan agak terang. Jadi anda boleh menggunakan Night mode pada peranti ini.

Cara tetapan:

(1) Pilih Settings (2) Pilih Display (3) Kemudian pilih Night mode (4) Warna latar belakang akan bertukar menjadi hitam

Anda juga boleh menjadualkan waktu penggunaan night mode dengan memilih Schedule features. Anda boleh menggunakan Night mode pada waktu malam dan background akan kembali terang pada waktu siang.

 

05# Vivid Display

Paparan telefon ini pastinya tidak dapat disangkal lagi. Ia disertakan dengan paparan yang sangat cantik dan menarik dengan SUPER AMOLED Panel. Paparan peranti ini boleh ditetapkan sama ada anda mahu menggunakan lebih Natural atau Vivid yang mana ia akan menyerlahkan lagi warna di dalam paparan tersebut.

Caranya mudah sahaja:

(1) Pilih settings (2) Pilih Display (3) Kemudian pilih Screen mode

Anda kini boleh memilih Vivid atau Natural yang menjadi pilihan anda.

 

06# Bixby

Jika anda slide ke kiri pada skrin anda akan terus dapat membuka Bixby. Anda boleh mematikan fungsi ini.

(1) Tekan lama pada skrin dan slide ke kiri (2) Pilih untuk off kan fungsi ini pada skrin (3) Kini ketika anda slide ke kiri tiada apa-apa akan berlaku

Namun kadang-kala anda secara tidak sengaja menekan butang Bixby di bahagian sebelah kiri di bawah butang kuasa. Jangan bimbang anda juga boleh buat tetapan pada butang ini.

Cara tetapan:

(1) Pilih Settings (2) Pilih Advanced features (3) Klik pada Bixby key dan anda akan melihat beberapa pilihan tetapan penggunaan butang tersebut

 

07# Edge Panel

Mungkin ada yang kurang mengemari Edge panel ini kerana anda mungkin tanpa sengaja membuka Edge panel.

Cara tetapan:

(1) Pilih Settings kemudian Display (2) Klik Edge screen (3) Anda boleh mengubah paparannya atau anda boleh mematikan fungsi ini

Anda juga boleh menyelaras Edge lighting yang memberi kesan cahaya pada sekeliling skrin.

 

08# Animation Speed 

Anda boleh menyelaras kepantasan animation pada telefon ini. Caranya amat mudah:

(1) Pilih Settings (2) Pilih Advanced features (3) Klik Reduce animation

Namun ia kadang-kala tidak memberi kesan yang jelas. Anda boleh menambahkan lagi reduce animation.

Cara tetapan:

(1) Pilih About phone (2) Pilih Software information (3) Tap pada Build number sebanyak 7 kali (4)Klik back dan anda akan dapat lihat Developer option (5) Pilih Window animation scale dan anda boleh memilih beberapa pilihan skala kepantasan yang anda inginkan

 

09# Sorokkan Hole Punch

Kadang-kala hole punch ini sedikit menganggu ketika anda menonton video. Apa yang boleh anda lakukan adalah:

(1) Pergi ke Settings dan pilih Display (2) Pilih Full Screen apps (3) Pilih Hide front camera

 

10# Raw Photo

Anda sebenarnya boleh menyimpan semua raw photo dari gambar yang anda ambil.
Caranya mudah sahaja:

(1) Buka aplikasi kamera (2) Pilih Settings (3) Klik Save option (4) Kemudian pilih Raw Copies (Pro)

 

11# Instagram Camera

Anda sebenarnya boleh terus memuat naik gambar ke Instagram dari galeri anda dengan menekan pada lambang Instagram di bahagian bawah. Anda boleh memuat naik gambar tersebut di feed atau story anda.

Jika anda membuka kamera anda, anda boleh swipe ke kiri dan anda akan dapat melihat pilihan Instagram dan rakam gambar terus tanpa perlu membuka Instagram terlebih dahulu.

 

12# Super Steady Dan HDR10+

Kalau korang guna mode ini pastinya akan memberi kestabilan ketika rakaman dilakukan. Caranya mudah dengan membuka kamera dan klik pada simbol tapak tangan di bahagian atas.

Anda juga boleh merakam video pada mode HDR10+. Cara tetapan adalah mudah:

(1) Buka aplikasi kamera dan pilih Settings (2) Pilih Advanced recording options (3) Pilih HDR10+ video

 

13# Rakaman Video Swafoto Dalam 4K

Tahukah anda menggunakan siri peranti S10+ ini anda boleh melakukan rakaman video swafoto dalam 4K. Caranya mudah sahaja:

(1) Buka kamera dan pilih Settings (2) Pilih Front video size (3) Lakukan tetapan anda

 

14# Wallpaper Kreatif

Jika anda melihat hole punch di paparan skrin ia agak sedikit terganggu. Jangan bimbang anda boleh menjadikan ia lebih menarik. Anda boleh menetapkan wallpaper yang boleh menjadikan hole punch ini lebih menarik.

Jadi apa tunggu lagi guys.Bolehlah dapatkan peranti ini di pasaran bagi menikmati kelebihan yang terdapat pada peranti ini.

_______________________________

Baca juga:

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here