**********

OPPO telahpun melancarkan peranti pintar terbaharunya iaitu F11 Pro hari ini dengan tawaran harga RM1,399. Bersama kehadirannya tentu ramai yang tidak sabar ingin memiliki satu, jadi di sini kami sertakan 11 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli OPPO F11 Pro!!!

 

01# Skrin Besar

Seperti yang kita ketahui, OPPO F11 Pro dilengkapi dengan paparan skrin 6.5 inci FHD+ dengan nisbah skrin-ke-kerangka yang mencapai 90.9% sekaligus menawarkan kepuasan tontonan yang sangat bagus, kerana ia tidak mempunyai sebarang Notch dan kamera pada skrin ini.

Dengan nisbah aspek 19.5:9 juga membolehkan anda menikmati paparan yang lebih luas, selain mempunyai rasa pegangan yang selesa.

 

02# Rising Camera

Menariknya peranti ini disertakan dengan rekaan Rising kamera yang mana ia merupakan sebuah pop up kamera hadapan beresolusi 16MP yang tersembunyi. Kedudukan yang terletak di tengah-tengah bahagian atas peranti ini memberikan ketepatan pada rakaman gambar dan menjadikan swafoto anda lebih natural, di samping juga mewujudkan rasa keharmonian pada peranti ini kerana ia sejajar dengan kamera pada panel belakang.

 

03# Kamera Utama 48MP + 5MP

Kamera utama peranti ini pun WOW tau!!! Disertakan dengan lensa 48MP + 5MP pastinya akan menghasilkan imej yang sangat baik, tambahan lagi keupayaan light sensing yang dipertingkatkan juga mampu memberi hasil penggambaran malam yang cukup menarik.

Dengan sokongan lensa 6P hasil gambar akan menjadi lebih jelas, bahkan jumlah cahaya yang masuk menerusi lensa pun dapat dipertingkat sekaligus membenarkan rakaman dalam situasi low light dapat dilakukan dengan baik.

 

04# Ultra Night Mode

Dengan Ultra Night Mode, F11 Pro memanfaatkan kelebihan AI dan multi-frame noise reduction yang mana ia secara langsung memberikan noice reduction, penstabilan pegangan, highlight suppresion dan memperbaiki dynamic range yang akan memberikan keterangan yang lebih baik.

Ciri khas pada mod ini adalah Face Protection, di mana ia dapat membezakan wajah potret dari latar belakang dengan menyerlahkan subjek berbanding latar belakang.

 

05# Dazzle Color Mode

Mode ini juga sesuatu yang unik tau!! Mode ini membenarkan anda merakam gambar potret dengan sangat baik. Menggunakan AI untuk mengenalpasti scene, ia mampu untuk membina semula warna berdasarkan scene yang berlainan dan mampu meningkatkan kecerahan warna. Ia juga melaksanakan mapping pada warna kulit bagi mendapatkan warna yang lebih vivid dan warna kulit yang lebih baik untuk potret.

 

06# VOOC Flash Charge 3.0 & Bateri 4,000mAh

Keupayaan mengecas peranti ini sudah dipertingkatkan yang mana menerusi VOOC Flash Charge 3.0, ia mampu mengecas 20 minit lebih pantas berbanding sebelumnya. Jadi untuk mengecas penuh, ia hanya perlu mengambil masa 80 minit sahaja. Dengan kapasiti bateri sebesar 4,000mAh memastikan anda tidak mempunyai sebarang gangguan ketika menggunakan F11 Pro.

 

07# Hyper Boost

Satu lagi kelebihan pada F11 Pro semestinya teknologi Hyper Boost. Kelancaran peranti dapat dibuktikan dengan peningkatan yang ketara, sebagai contoh akses kepada aplikasi Facebook 31% lebih pantas berbanding peranti lain. Secara langsungnya ia memberikan pengalaman bermain game yang sangat lancar tanpa berlaku sebarang lagging atau hang. Nak main PUBG Mobile, Mobile Legend dan permainan video HD yang lain? No Problem…

 

08# Rekaan Yang Menawan

OPPO F11 Pro disertakan dengan 2 varian warna menarik iaitu Thunder Black dan Aurora Green, uniknya warna Thunder Black ini disertakan dengan 3 gradient warna yang pertama kali dilakukan oleh OPPO, sementara Aurora Green pula disertakan dengan 2 gradient warna. Sekiranya kamera swafoto digunakan, peranti ini akan kelihatan seperti botol minyak wangi yang bersedia untuk merakam gambar yang menawan.

 

09# Pengecaman AI Scene

Pengecaman AI Scene bagi peranti ini telah dinaik taraf dengan sokongan 23 jenis scene dan 864 kombinasi dapat dikenalpasti. Ketika anda menggunakan F11 Pro, peranti ini akan memilih sendiri solusi terbaik untuk menjadikan hasil gambar lebih baik.

 

10# Game Space

Aplikasi ini direka khas oleh OPPO bagi menguruskan permainan mudah alih pada peranti supaya lebih kemas dan mudah dicari, ia mampu menyimpan sehingga 50 permainan dalam satu tempat. Menerusi Game Space, anda boleh mengoptimumkan pengalaman bermain game kegemaran anda dengan dengan memberi kelancaran ketika bermain. Jadi tiada sebarang lag ketika mengawal permainan anda.

Ia juga memberi perlindungan rangkaian yang mana ia menghalang rangkaian mengakses aplikasi di latar belakang bagi mengelakkan sebarang gangguan. Anda juga boleh menghalang panggilan masuk ketika bermain game supaya tiada gangguan. Menariknya anda boleh mengawal penggunaan bateri menerusi Low Power Consumption Mode.

 

11# Smart bar

OPPO F11 Pro ini bukan sahaja membenarkan anda untuk full-screen multitasking dalam portrait mode, tetapi anda boleh melakukannya dalam Landscape mode. Swipe skrin ke kiri dan smart side bar akan muncul. Ia juga menyokong quick sharing bagi fail yang telah dibuka, screen recording dan mengambil screenshot.

_____________________________________

Artikel Berkaitan:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here