10 Tips Paling Best Pada Peranti HUAWEI!!! Anda Wajib Cuba!!!

6299

HUAWEI ini kalau korang semua nak tau memang sebuah peranti yang sangat kreatif dan inovatif terutamanya dalam memudahkan penggunaan peranti oleh pengguna. Macam-macam sebenarnya yang kite boleh buat. Jom kita tengok 10 tips paling best peranti HUAWEI ini!!

# Ambil Gambar Tanpa Perlu Unlock

Pastinya agak remeh untuk kita membuka telefon dahulu sebelum merakam gambar kan. Ambil masa juga tu. Kalau gambar yang ingin dirakam dengan segera pastinya terlepas jika anda terkebil-kebil mahu membuka kamera telefon. Justeru HUAWEI memudahkan kerja merakam gambar anda, hanya perlu tekan butang suara (volume down) dua kali dan terus buka aplikasi kamera dan gambar dirakam. Kan senang!!!

 

# Buat Panggilan Terus Menggunakan Arahan Suara

Kadang-kadang nak cari kontak yang penuh beratus-ratus nama, remeh laa. Tapi dengan HUAWEI anda tidak perlu risau. Hanya perlu tekan butang suara (volume down), kemudian sebut nama yang ingin dihubungi. Peranti akan mengesan nama yang disebut dan membuat panggilan secara automatik.

 

# Buka 2 Aplikasi Serentak (Split Screen Mode)

Kadangkala kita akan menggunakan 2 aplikasi dalam 1 masa, jadi agak sukar jika hanya 1 paparan aplikasi boleh dilaksanakan dalam 1 masa. Tapi dengan HUAWEI, anda boleh membuka dua aplikasi serentak.

Caranya mudah sahaja, swipe secara melintang dan paparan terus dibahagi kepada atas dan bawah. Anda boleh tetapkan saiz skrin dengan hanya menarik ke atas atau ke bawah.

Ada cara yang lebih mudah lagi, hanya menekan simbol petak di bahagian bawah dalam 3 saat. Tadaaa…

 

# Pelbagai Cara Screen Shot

Screen shot kalau ikut cara tradisional, perlu tekan serentak butang kuasa dan suara. Agak susah juga. Sekarang tak perlu, hanya mengetuk skrin sebanyak 2 kali menggunakan knuckle (buku jari) dan terus boleh screen shot.

Berikut adalah cara tetapan:

  • Buka Settings
  • Smart assistance
  • Motion control
  • Take screenshot
  • Smart screenshot

Kalau nak screen shot paparan yang panjang, mudah juga hanya ketuk (knuckle) sekali dan lukis huruf S di skrin. Secara automatik long screen shot akan dilaksanakan.

Anda juga boleh screen shot pada bahagian tertentu, hanya perlu ketuk skrin dan membuat bulatan pada ruangan tertentu, dengan pantas bahagian tersebut selesai di screen shot.

 

# Buka Aplikasi Dengan Shortcut

Terlalu banyak aplikasi dalam peranti? Malas untuk scroll dan mencari? Sekarang ada cara yang lebih pantas dan mudah untuk membuka aplikasi dalam sekelip mata.

  • Pergi Tetapan dan pilih Smart assistance
  • Pilih Motion control
  • Pilih Open apps dan lakukan Tetapan anda. Contohnya huruf C untuk Facebook, huruf e untuk YouTube, huruf m untuk music.

Jadi hanya perlu melukis huruf yang ditetapkan sebelum dan secara automatik aplikasi tersebut akan terbuka. Begitu juga dengan aplikasi-aplikasi yang lain.

 

# Rakaman Screen Recording Yang Mudah

Anda tidak perlu lagi memuat turun aplikasi untuk screen recording. Apa yang perlu dilakukan? Hanya mengetuk skrin dua kali menggunakan dua jari, ia secara automatik akan melakukan screen recording. Ketuk dua kali lagi untuk menamatkan rakaman, mudah sahaja kan.

 

# Wi-Fi+

Anda pastinya pernah mengalami masalah sambungan WiFi ketika berada di kedai makan atau di mana-mana sahaja. Dengan adanya Wi-Fi+, anda dapat menukar WiFi atau mobile data secara automatik bergantung kepada internet mana yang lebih laju. Jadi anda tidak akan ada masalah ketika bermain game seperti mobile legend dan PUBG.

Anda juga boleh menyambung WiFi secara automatik apabila anda berada dalam kawasan yang berhampiran dengan WiFi yang pernah disambung sebelum ini. Anda juga boleh menilai kualiti rangkaian menerusi Wi-Fi+ ini. Ia sekaligus dapat menjimatkan bateri anda.

Cara melakukan tetapan mudah sahaja:

  • Pergi ke Tetapan
  • Pilih Wireless & Network, kemudian pilih WiFi
  • Tekan simbol 3 titik di bahagian sebelah kanan atas dan pilih Settings,
  • Pilih Wi-Fi+

 

# HiVision

1 lagi ciri unik yang ada pada peranti ini ialah anda boleh mengenal pasti identiti sesuatu objek tersebut dalam menggunakan peranti ini. Anda hanya perlu menggunakan kamera dan halakan pada objek yang anda ingin tahu. Ia akan memberitahu apakah objek berkenaan.

Anda juga boleh mengetahui kalori yang terkandung dalam makanan tersebut. Dengan menghalakan kamera pada makanan tersebut. Kemudian ia akan memberitahu jumlah kalori yang terdapat dalam makanan tersebut.

Cara menggunakannya adalah mudah. Anda hanya perlu swipe down pada skrin kemudian pilih di bahagian atas sebelah kanan.

Anda juga boleh membuka kamera dan pilih simbol yang sama pada bahagian atas sebelah kiri.

Beberapa fungsi lain turut disertakan seperti shopping, translate dan QR code.

 

# Hide Albums

Bagi yang ingin menjaga privasi dan tidak suka orang lain melihat gambar anda, jangan bimbang kerana ciri Hide Album ini sedia membantu.

  • Pergi ke Gallery
  • Pilih simbol 3 titik di bahagian kanan atas, pilih Hide albums dan pilih gambar atau album yang ingin disorokkan. Settle! Sekarang siapa yang nak check fon korang tak payah risau la…

 

# Rakaman gambar menggunakan senyuman

Anda juga kini tidak perlu menekan butang lagi untuk merakam gambar. Hanya perlu senyum dan gambar anda akan dirakam sendiri.

  • Hanya perlu buka kamera
  • Pilih Settings
  • Pilih Capture smiles

Jadi apa tunggu lagi!!! Dengan pelbagai fungsi yang inovatif ini pastinya membuatkan hidup anda akan jadi lebih mudah. Serius terbaik!!!

______________________

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here