**********

Jika diteliti, konsep vivo V15 Pro sangat luar biasa. Dihiasi warna-warna indah, sungguhlah nampak bergaya weyyy! Smartphone ini memang ngam untuk lifestyle korang dan gerenti takkan menyesal kalau beli. Kenapa? Jom kami share sebab-sebab dia:

 

💣 Kamera Selfie ‘Pop-Up’ 32MP 

Salah satu ciri istimewa pada V15 Pro adalah kamera selfie ‘Pop-Up’ 32MP – pertama di dunia terbina dengan sokongan ini dan dikatakan muncul dengan kelajuan 0.46 saat sahaja. Whoa!

Bagi si kaki selfie, megapixel kamera itu penting! Jadi, V15 Pro ni memang ngam untuk korang. Sebabnya, sensor 32MP pada kamera swafoto pada V15 Pro memang terbaik, selain mampu menghasilkan gambar selfie korang nampak lebih natural.

 

💣 Paparan Ultra FullView 

Korang yang suka tengok video dekat telefon, mesti suka skrin yang besar kan? V15 Pro pun ado, jangan risau! Melalui skrin Super AMOLED bersaiz 6.39 inci dengan nisbah aspek 19.5:9 dan bingkai skrin nipis, V15 Pro mampu menghasilkan reka bentuk visual yang dahsyat. Bukan itu sahaja, nisbah skrin-ke-badan mencecah 91.64% pun confirm puas!

 

💣 Sokongan Tri – Kamera Utama

Lagi satu yang bestnya vivo V15 Pro ini adalah tiga kamera utama – 48MP (Main) + 8MP (Wide-Angle) + 5MP (Depth). Melalui gabungan ‘kuasa’ ini, korang boleh tangkap gambar dengan hasil luar biasa!

Ditambah lagi dengan pelbagai ciri fotografi kegemaran ramai yang dinaik taraf seperti AI Body Shaping sehingga AI Portrait Lighting – V15 Pro pasti memberikan korang kenikmatan yang tidak pernah dirasai.

 

💣 In-Display Fingerprint Scannning

Ini bukan gimik! V15 Pro dimuatkan dengan sistem keselamatan yang berteknologi tinggi, In-Display Fingerprint Scannning. Melaluinya, korang tak perlu nak susah-susah cari butang khas untuk unlock smartphone – korang cuma perlu letak jari pada skrin dan membuka kekunci lebih cepat!

 

💣 AI Super-Wide Angle

Dengan V15 Pro, korang semua tak payah susah nak beli fish eye wide lens. Sebabnya, kelebihan lensa sudut lebar sehingga 120 darjah pada V15 Pro memang terbaik untuk korang yang suka bergambar ramai-ramai. Gerenti semua masuk! kualiti gambar pun bagus…Macam ni baru best weyyy!

 

💣 AI Super Night Mode

Terus-terang dikatakan, fungsi AI super night mode V15 Pro antara yang terbaik dan sememangnya tidak dapat ditandingi. Dengan ciri ini, korang boleh menangkap gambar suasana malam dengan hasil yang terbaik. Lagi bestnya, korang tidak perlu pakai tripod pun, gambar tetap superb! Memang Layan ~

 

💣 Paparan Super AMOLED

Buat korang yang mencari smartphone dengan paparan skrin menonjol, V15 Pro adalah jawapan yang tepat. Dengan paparan Super AMOLED, V15 Pro mampu membawa anda ke dunia lebih jelas dengan warna lebih tulen – mempunyai liputan warna 100% P3, 10,000,000: 1 warna kontras, warna ultra tinggi dan penggunaan kuasa lebih rendah.

 

💣 Dual – Engine Fast Charging

Biasalah orang sekarang ni kan, semuanya nak cepat. Sampaikan cas telefon pun nak cepat, sibuk katanya! Tapi korang jangan risau, sebabnya V15 Pro dilengkapi bateri besar 3,700 mAh bersama teknologi pengisian mantap – teknologi Dual Engine Fast Charging . Ambil masa 15 minit sahaja untuk 24% bateri.

 

💣  AI Body Shaping

V15 Pro ini juga lengkap dengan ciri AI Body Shaping – boleh dikatakan ciri ini memang sangat berguna terutamanya bagi golongan wanita pada masa kini. Melaluinya, korang boleh menyesuaikan setiap aspek tubuh badan untuk kelihatan lebih langsing dalam foto atau video. So, korang bolehlah nampak cantik bergaya dari hujung kepala ke hujung kaki. Ecewahh…Kerlasss sis!

 

💣 Game Mode 5.0

Last but not least! V15 Pro pun memang sesuai untuk korang yang kaki gamers. Sebabnya, smartphone ini mempunyai ciri Game Mode 5.0 – mengoptimumkan sumber sistem untuk prestasi permainan yang lebih baik. Dual-Turbo pula mengurangkan frame-drop hingga 300% dan meningkatkan permainan lancar.

 

Amacam geng? Betul tak kami kata V15 Pro ni kalau beli memang takkan menyesal? Kiranya, memang layan habis…Tambah pula, harga pun SUPER BEST, RM1,799 sahaja. Heyy, nikmat apa lagi yang korang nak dustakan? Jadi, jangan lupa beli okay! Adios~

Beli vivo V15 Pro:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here