Warna Canary Yellow Eksklusif Untuk Samsung Galaxy S10e

Pasti ramai yang tidak sabar-sabar menantikan kemunculan model terbaharu dari Samsung iaitu Galaxy S10. Bagi yang belum mengetahui, Galaxy S10e merupakan salah satu model dalam keluarga Galaxy S10 dan merupakan model yang terendah dalam keluarga ini.

Namun apa yang unik mengenai telefon ini ialah ia dihadirkan dengan warna Canary Yellow yang hanya terdapat pada model ini sahaja.

Gambar model telefon ini dengan warna Canary Yellow ini telah dikongsikan oleh Roland Quandt. Jika dilihat, warna telefon ini tidak dihadirkan dengan warna gradien sebaliknya hanya warna kuning rata.

Menerusi gambar tersebut, boleh kita lihat ia dihadirkan dengan skrin berlubang di bahagian atas sebelah kanan yang merupakan kamera hadapan dengan disertakan 10MP F1.9. Di bahagian belakang pula, ia disertakan dengan 2 kamera, gabungan lensa 12MP F1.5 dan lensa ultra lebar 16MP F2.2.

Daripada gambar ini, tidak kelihatan pengimbas cap jari sama ada di bahagian hadapan mahupun belakang. Dikhabarkan ia dihadirkan dengan saiz skrin AMOLED 5.8 inci dengan kaca Corning Gorilla Glass 5. Dihadirkan skali dengan pemproses terbaharu Samsung iaitu Exynos 9820. Dikhabarkan juga ia bakal tampir dengna 2 versi RAM iaitu 6GB dan 8GB serta storan sehingga 256GB.

Dari aspek bateri pula dikatakan sebesar 3100mAh dan menggunakan USB type-C serta menyokong pengecasan pantas tanpa wayar dan boleh mengecas peranti lain di belakang.

Walau apapun, kita nantikan pelancaran telefon ini pada 20 Febuari ini.

________________________

Baca juga:

 

You might also like