vivo Hadir Dengan Video Penggoda Siri V15 – Penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sebagai Duta

260
**********

FINALLY…Teka-teki terjawab! vivo Malaysia telah pun memperlihatkan video acah untuk telefon pintar terbaharu keluaran mereka iaitu vivo v15 di laman Facebook rasmi!

Perkara ini sekaligus menandakan siri V15 sah mendarat di pasaran tempatan tidak lama lagi. Lebih istimewa, video tersebut turut memperlihatkan penyanyi tersohor, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang memperagakan V15 dan bersedia mengalu-alukan peranti hebat ini.

V15 Siti Nurhaliza

We're just full of surprises, aren't we? Follow us for the latest updates on our newest relase. It's going to blow your mind #V15 | #V15Pro | #VivoMalaysia

Posted by Vivo on Sabtu, 9 Februari 2019

 

Memetik video penggoda, siri V15 dilengkapi dengan Ultra FullView Display yang serupa dengan vivo NEX. Menarik mengenai telefon ini adalah ia merupakan peranti pertama di dunia yang dilengkapi kamera selfie pop-up sebesar 32MP.

Maklumat mengenai spesifikasi penuh masih belum dikongsi. Namun, sebelum ini terdapat ketirisan maklumat mengatakan ia mungkin menggunakan panel Super AMOLED. Dijana Snapdragon 675 dan dibantu memori sebesar 6GB RAM + 128GB Storan.

Untuk penggambaran, V15 dijangka memiliki ketersediaan sistem tri-kamera dengan gabungan lensa 48MP + 8MP + 5MP. Melengkapinya juga adalah bateri berkapasiti 3,700 mAh.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan untuk mengetahui lebih lanjut, sama -sama kita nantikan kemunculan rasminya. Siapa tahu , mungkin vivo mempunyai kejutan isitimewa buat semua? Kekal bersama eRing!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here