[Ura-Ura] : vivo Dijangka Hadir Dengan Sub-Jenama Baru Dikenali Sebagai “iQOO”?

164
**********

Kecoh di media sosial apabila terdapat ura-ura yang bertebaran mengatakan bahawa syarikat pengeluar telefon vivo bakal hadir dengan sub – jenama baru yang dikenali sebagai iQOO.

Memetik beberapa sumber, laman akaun iQOO mula ‘berlegar-legar’ di Weibo sejak semalam dan vivo dilihat mengalu-alukan kedatangan mereka selain turut mempromosi akaun tersebut.

Menurut sumber itu lagi apabila status iQOO diperiksa, mereka mendapati jenama tersebut didaftarkan oleh vivo. Sehubungan itu, ramai mula membuat spekulasi jenama iQOO adalah daripada vivo.

Apa kata anda mengenai perkara ini? Seperti biasa, maklumat tertiris hanyalah ‘rumors’ dan belum dapat dipastikan kesahihannya. Apa-apa pun sama-sama kita tunggu tuan empunya badan sendiri tampil ~

[SUMBER, SUMBER 1]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here