Top 5 Game Paling Best Dimain Menggunakan Razer Phone 2

672
**********

Siapa tidak kenal dengan peranti gaming yang terkenal pada ketika ini, Razer Phone 2. Pastinya pengemar gaming akan tidak sabar untuk mencuba bermain game menggunakan peranti ini.

Spesifikasi telefon ini pastinya berada tahap yang berbeza berbanding telefon-telefon gaming yang lain. Telefon ini menggunakan Snapdragon 845 dan disertakan dengan 8GB RAM dan storan 64GB. Apa yang pasti, ia turut disertakan dengan slot memori tambahan sehingga 1TB. Sistem operasi telefon ini masih menjalankan sistem operasi yang sama iaitu Android 8.1 dan pelbagai lagi spesifikasi yang baik. Pasti anda ingin tahu game apa yang paling seronok dan puas untuk dimainkan menggunakan peranti ini.

PUBG

Ini pastinya game paling popular pada ketika ini. Setiap anak muda yang mengemari permainan mudah alih, rata-ratanya akan memilih telefon ini sebagai game yang sering mereka mainkan.

PUBG ini merupakan game yang memerlukan kawalan yang lancar serta grafik yang kemas tanpa lag bagi memudahkan anda untuk membidik pihak lawan. Dengan Razer Phone 2, kawalan yang sangat lancar pada skrin serta kesan grafiknya pastinya membuatkan anda puas untuk bermain menggunakan telefon ini.

Mobile legend

Ini juga merupakan antara game yang popular pada ketika ini. Pelbagai watak yang terdapat dalam game ini yang mempunyai pelbagai jenis kuasa pastinya memerlukan telefon yang mampu untuk menyokong kesan grafik yang tinggi. Ini tidak menjadi masalah bagi telefon Razer phone 2.

Bayangkan ketika anda memainkan watak Hanabi yang pastinya memerlukan grafik yang tinggi bagi memaparkan kepuasan ketika memainkan watak ini. Fuh!! Serius puas.

 

Asphalt 9: Legend

Siapa yang mengemari game yang melibatkan perlumbaan dan penuh dengan kesan grafik yang terbaik, game ini pastinya menjadi pilihan anda. Dengan Razer Phone 2, pastinya mampu untuk memastikan game ini dapat dimainkan pada prestasi terbaiknya.

Ini merupakan siri ke 9 franchise Asphalt yang boleh kami sifatkan sebagai game perlumbaan terbaik pada ketika ini. Dengan ciri terbaharunya iaitu Touchdrive membolehkan anda memandu menggunakan 1 tangan pasti menambahkan keterujaan ketika bermain.

 

Soul Knight

Game ini pastinya menguji daya tahan anda serta bateri telefon anda. Game yang memerlukan anda untuk melakukan pengembaraan serta menewaskan musuh-musuh di dalam setiap check point. Anda boleh menggunakan pelbagai senjata yang diberi pada setiap peringkat.

Justeru, Razer Phone 2 pastinya telefon yang sesuai bagi bermain game ini kerana ia mempunyai kapasiti bateri yang mampu untuk bertahan lama iaitu 4000mAh. Anda tidak akan mempunyai masalah bateri cepat habis jika menggunakan telefon ini.

 

Oceanhorn: Monster of Uncharted Seas

Bagi yang meminati  Legend of Zelda kepunyaan Nintendo, game ini pastinya menepati ciri-ciri yang anda ingini. Namun dari aspek pengawalannya adalah berbeza yang mana ia dihasilkan lebih sederhana yang sesuai platform mobile.

Di sini anda akan menggunakan 1 karakter tanpa nama yang mencari ayahnya. Game ini pastinya menekankan aspek visual dan muzik. Hal ini tidak menjadi masalah jika menggunakan Razer Phone 2 kerana kelantangan suara telefon ini merupakan antara yang terbaik di pasaran. Pasti anda akan puas bermain game ini menggunakan Razer Phone 2.

Baca juga:

 

 

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here