**********

Screenshot atau tangkapan skrin merupakan gambar skrin yang boleh anda ambil serta simpan untuk keperluan peribadi mahupun berkongsi dengan orang lain. Kebiasaannya, ia dilakukan apabila terdapat sesuatu yang menarik pada skrin telefon pintar.

Untuk posting kali ini, kami nak berkongsi sedikit pengetahuan yang mungkin tidak semua orang tahu mengenainya. Tahukah bahawa telefon pintar HUAWEI mempunyai pelbagai kaedah dan cara untuk membuat tangkapan skrin? Baiklah, mari kita belajar bersama!

 

✏️ 1# Ketuk Pada Skrin Peranti

Kaedah ini amat mudah! ​​Anda hanya perlu mengetuk skrin sebanyak dua kali menggunakan jari dan tangkapan skrin akan muncul. Leret pratonton ke atas untuk kongsi dan ke bawah untuk membuat tangkapan lain. 

 

✏️ 2# Lukis Pada Skrin / Tangkapan “S” 

Sebagai alternatif lain, anda juga boleh melukis bentuk “S” pada skrin menggunakan jari untuk membuat tangkapan skrin. Selain itu, anda juga boleh melukis pada skrin untuk tangkapan separa.

 

✏️ 3# Gerak Isyarat 3 Jari 

Satu lagi langkah mudah untuk membuat tangkapan skrin adalah menggunakan gerak isyarat 3 jari anda. Caranya semudah ABC, leretkan sahaja jari anda ke bawah untuk mengambil tangkapan skrin!

 

✏️ 4# Tangkapan Pada Notification Bar

Seterusnya, kaedah ini juga salah satu cara yang mudah! Apa yang perlu anda lakukan hanyalah leret ke bawah untuk menarik panel pemberitahuan (notification bar). Kemudian klik pada pilihan skrin – “Screeshot”. SELESAI!

 

✏️ 5# Kombinasi Butang Kuasa + Laras Bunyi (Volume Down)

Pun begitu, terdapat juga sesetengahnya yang tidak menyokong tangkapan skrin dengan cara isyarat. Oleh itu, anda boleh mengambil tangkapan skrin menggunakan kombinasi dua butang fizikal iaitu menekan butang laras bunyi (volume down) dan butang kuasa secara serentak.

 

Kesemua hasil tangkapan yang dibuat boleh dlihat menerusi galeri di dalam telefon pintar anda. Sekadar berkongsi info dan semoga bermanfaat untuk semua pembaca eRing ya!

Ohhh sebelum terlupa, telefon pintar terbaharu HUAWEI iaitu HUAWEI Nova 4 kini sudah boleh dibeli di pasaran tempatan pada harga RM 1,899. Tersedia dalam dua warna iaitu Crush Blue dan Black .

[BACA : Reviu Eksklusif : HUAWEI Nova 4 Penerus Legasi Kegemilangan Siri Nova ]

Bagi yang berminat, anda boleh memiliki HUAWEI Nova 4 menerusi HUAWEI Experience Stores, syarikat telekomunikasi utama dan mana-mana pengedar sah HUAWEI. Have a nice day! ❤️

___________________________

Artikel Popular:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here