[Tertiris] : Spesifikasi & Reka Bentuk Samsung Galaxy M30 Kini Muncul Di Media Sosial?

425
**********

Baru-baru ini, Samsung telah pun memperkenalkan rangkaian baharu telefon pintar keluaran mereka iaitu Siri Galaxy M menerusi kemunculan Galaxy M10 dan Galaxy M20.

[ BACA : Samsung Siri Galaxy M Rasmi – Rekaan Moden Bersama Skrin Takuk, Khusus Untuk Pengguna Muda ]

Kini, terdapat pula berita ketirisan mendedahkan bahawa Samsung bakal membawa pewaris baharu untuk siri tersebut iaitu Galaxy M30. Bahkan, maklumat berkaitan rekaan dan spesifikasinya kini telah tersebar di Internet.

Memetik sumber, Galaxy M30 bakal dilengkapi paparan bersaiz 6.38 inci FHD+ (2210 x 1080 piksel) dan hadir bersama rekaan takuk yang dikenali sebagai Infinity-V. Ia juga dijangka menggunakan pemproses Exynos 7904 dan dibantu oleh memori sebesar 6GB RAM bersama storan sehingga 128GB.

Untuk penggambaran, ia bakal dilengkapi kamera utama dengan sensor 13MP +5MP +5MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP (terdapat ketersediaan Flash). Kapasiti bateri pula adalah sebesar 5,000 mAh melalui USB-C.

Apa kata anda mengenai perkara ini? Seperti biasa, maklumat tertiris hanyalah ‘rumors’ dan belum dapat dipastikan kebenarannya. Apapun, sama-sama kita tunggu!

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here