TAHNIAH! HUAWEI Duduki Tangga Ke-12 Dalam Senarai “Brand Finance Global 500 2019”

695

British Finance yang merupakan syarikat perunding nilai jenama yang berpangkalan di British telah pun mengeluarkan laporan tahunan mereka untuk “Brand Finance Global 500 2019”.

Memetik laporan tersebut, HUAWEI kini menduduki tangga ke-12 – nilai jenama berjumlah USD 62.278 billion. Menerusi ranking terbaru, HUAWEI meningkat sebanyak 13  anak tangga berbanding di kedudukan ke-25 pada tahun 2018. Dengan kadar pertumbuhan pada 63.7% berbanding 2018, HUAWEI membuktikan dirinya sebagai salah satu jenama paling pesat berkembang di dunia.

Sewaktu kemunculan pertamanya pada tahun 2016, HUAWEI menduduki tangga ke-500 dalam senarai tersebut. Pun begitu, melalui prestasi cemerlang dalam semua pasaran, HUAWEI berjaya berkembang secara positif dan konsisten.

Selain itu, HUAWEI juga membuktikan bahawa mereka berada di sini untuk mengambil alih industri telefon pintar – melalui hasil penjualan telefon pintar sebanyak 200 juta unit pada tahun 2018.

Salah satu tips kejayaan yang paling penting untuk mencapai prestasi cemerlang adalah inovasi berterusan berdasarkan keperluan dan penambahbaikan dalam pengalaman pengguna.

Kebelakangan ini kita dapat lihat, HUAWEI telah memperkenalkan telefon pintar pertama dunia yang mengintegrasikan kamera Dual Leica – melalui siri HUAWEI P20. Selain itu, HUAWEI juga telah melancarkan telefon pertama yang menggunakan chipset Kirin 980 dilengkapi Dual NPU menerusi siri HUAWEI Mate20.

Pada tahun 2019, melalui kecerdasan buatan dan loT, HUAWEI akan terus memberikan yang terbaik buat pengguna globalnya serta pada masa sama, menghasilkan produk yang inovatif untuk terus meneraju arena telefon pintar.

Maklumat lanjut mengenai siri HUAWEI Mate20 dan produk inovatif HUAWEI, sila layari laman rasmi HUAWEI atau ikuti halaman Facebook rasmi HUAWEI.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here