Tahniah Celcom! Terima Anugerah Antarabangsa Bagi Hab Penglibatan Pelanggan Terbaik!

239
**********

Celcom baru-baru ini menerima anugerah ‘Best-in-class Customer Engagement Tool’ di majlis 14th Annual Customer Experience Management Global Telecom, pengiktirafan ini dibuat melalaui hab Social Media Experience (SmEx) miliknya yang dilancarkan pada November 2017.

SmEX menggabungkan aktiviti pemasaran, jualan dan perkhidmatan untuk saluran media sosial bagi memastikan maklumbalas yang pantas dan menarik kepada pelanggan, serta mencetuskan pengalaman yang positif melaluinya.

Anugerah ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada Celcom sebagai sebuah organisasi yang menampilkan kaedah paling inovatif dan pelaksanaan aplikasi yang berkesan dalam menarik pelanggan, dan memperoleh kelebihan dalam persaingan serta faedah kepada perniagaan.

Antara anugerah yang dirangkul oleh Celcom tahun lepas adalah Pensijilan ISO 18295-2:2017, Frost & Sullivan’s Excellence in Customer Experience – Contact Centre, Excellence in IoT Service Provider of The Year, dan Excellence in Customer Experience – In Store Experience Awards pada Jun, 2018.

[ Baca Juga ♥ Percuma Samsung Galaxy S10e Hanya Dengan Pelan Celcom Mobile Platinum Plus! Tempahan Bermula Sekarang! ]

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here