Samsung perkenal Generasi Terbaharu Kualiti Gambar Dengan 8K Digital Signage Di ISE 2019

220
**********

 


Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan produk signage pertama dengan kualiti imej QLED 8K di Integrated Systems Europe (ISE) 2019 yang diadakan di Amsterdam.

Samsung akan memperkenalkan produk terbaharu 82″ QLED 8K Signage, yang mengabungkan resolusi tertinggi dengan kecerdasan buatan (AI) yang menghasilkan imej yang mempersona dan memberikan pengalaman tontonan terbaik kepada penonton.

Direka dengan sangat nipis iaitu kurang dari 40mm dalam, menyediakan kemudahan tanpa kerumitan dengan menggunakan teknologi optikal dari Samsung. Dengan resolusi 7,680 x 4,320 piksel pastinya menghasilkan paparan yang terbaik.

Sama seperti 8K TV, paparan QLED 8K menyampaikan persembahan warna hitam yang dipertingkatkan melalui local dimming dan kawalan pencahayaan Quantum. Paparan juga disertakan dengan HDR10+ bersama 4,000nit kecerahan dan menghasilkan 1oo% jumlah warna.

Dalam pada itu, Samsung akan melancarkan versi 292” bagi paparan dinding di 8K secara global pada separuh tahun pertama tahun ini. Dinding ini merupakan paparan modular besar yang sesuai untuk kediaman mewah dan sesuai untuk tujuan perniagaan. Ia juga boleh disesuaikan dengan pelbagai saiz dan nishbah dari 73” sehingga 292”.

Dengan rekaan yang sangat nipis tanpa bezel memudahkan ia untuk disesuaikan dengan kawasan sekeliling. Ambient Mode membenarkan tetapan paparan dengan memaparkan kandungan seperti gambar dan memadankan latar belakang. Audio juga tidak mengecewakan apabila disertakan dengan Harman Luxury Audio dan Steinway Lyngdorf bagi solusi audio, Control4, Crestron dan Savant bagi solusi automasi rumah dan Domotz, Ihiji dan OrvC yang memantau keupayaan bagi rangkaian.

Samsung juga bakal memperkenalkan Multi-Link LED HDR, teknologi HDR 6K LED pertama yang mengunakan Menggunakan algoritma proprietari Samsung dan analisis babak. Multi-Link LED HDR menukarkan sebarang kandungan kepada kualiti HDR tanpa sebarang meta-data khas.

Disertakan dengan Inverse Tone Mapping (ITM) dan Dynamic Peaking untuk memaksimakan keterangan dan nisbah kontras. Dengan fungsi Multi 8K Frame Lock ia mampu embedded dalam Multi-Link LED, Integrator tidak memerlukan peranti berasingan untuk menyeragamkan kandungan yang dibentangkan pada paparan 8K. Multi-Link LED HDR menyokong semua produk Samsung SMART LED Signage dan juga turut serasi Wall Professional dan the IFJ Series.

Tidak ketinggalan, Samsung juga akan melancarkan semi-outdoor OMN/OMN-D series secara global pada tahun ini. Ia disertakan dengan saiz 46” dan 55” akan memberikan paparan yang menakjubkan dengan 4000nit kecerahan dan nisbah kontras tinggi 5000 : 1 yang dirangkumkan dalam rekaan yang nipis.

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here