Samsung Galaxy S10+ Mencatat Skor DxOMark Tertinggi, Setaraf Dengan HUAWEI Mate 20 Pro!

265
**********

Siri Samsung Galaxy S10 telahpun dilancarkan secara besar-besaran, susulan promosi pra-tempahan juga bermula hari ini dengan pelbagai tawaran yang menarik.

Baca Juga: Percuma Samsung Galaxy S10e Hanya Dengan Pelan Celcom Mobile Platinum Plus! Tempahan Bermula Sekarang!

Seperti biasa, selain mementingkan prestasi dalaman siri Galaxy S10, kamera juga menjadi taruhan orang ramai. Oleh itu, prestasi kamera Galaxy S10+ telah diuji oleh laman DxOMark.

Sebagai peranti premium dalam siri terbaru ini, ia berjaya mencatat skor paling tinggi 109 markah, iaitu sama kedudukan dengan Huawei Mate 20 dan P20 Pro.

Sementaran prestasi dari segi swafoto, ia mencapai skor 96 di mana mendahului peranti lain di pasaran sekarang. Mana tidaknya peranti ini mempunyai sokongan kamera yang cukup berkuasa di mana hadir bersama dwi-kamera utama 10MP + 8MP, serta kamera swafoto yang mampu merakam video 4K.

Baca Juga: Senarai Harga Jualan Siri Samsung Galaxy S10 Untuk Pasaran Tempatan – Pra-Tempahan Bermula 22 Februari 2019

Hasil gambar semasa ujian diambil oleh DxOMark

Adakah tempat Samsung atau Huawei akan tergugat selepas ini? Sama-sama kita nantikan peranti yang bakal menjelang.

♠ DxOMark ♠ Xiaomi Mi 9 I Huawei P20 Pro 

__________________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here