Samsung Galaxy M30 Rasmi – Sokong 3 Kamera Utama + Bateri 5,000 mAh

566
**********

Selepas memperkenalkan rangkaian untuk Siri Galaxy M menerusi kemunculan Galaxy M10 dan Galaxy M20, Samsung secara rasminya telah pun membawakan satu lagi pewaris baru untuk barisan yang sama iaitu Samsung Galaxy M30.

Samsung nampaknya membawa pewaris baru ini ke tahap yang lebih tinggi dengan penambahbaikan daripada beberapa sudut spesifikasi berbanding dua siri Galaxy M yang dilancarkan sebelum ini.

Galaxy M30 menampilkan skrin 6.4 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) Super AMOLED bersama paparan Infinity-U. Ia dijana cip Exynos 7904 dan didatangkan dalam dua varian – 4GB + 64GB & 6GB + 128GB. Terdapat ketersediaan slot kad microSD yang boleh dikembangkan sehingga 512GB.

Peranti ini menyokong tiga kamera utama dengan gabungan sensor 13MP + 5MP + 5MP dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Melengkapinya, bateri berkapasiti 5,000 mAh bersama pengecasan pantas.

Tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Gradation Blue & Gradation Black, Galaxy M30 ditawarkan di pasaran India pada harga berikut :

  • Rs 14,990 (Kira-kira RM 857) – untuk versi 4GB + 64GB
  • Rs 17,990 (Kira-kira RM 1,029) – untuk versi 6GB + 128GB

___________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here