Reka Bentuk Meizu Note 9 “Bocor” – Dedah Paparan Depan & Belakang

268
**********

Terdahulu, spesifikasi Meizu Note 9 telah pun tertiris di laman TEENA. Pun begitu, kebocoran itu tidak pula menyertakan imej reka bentuk peranti. Kini, TEENA telah mengemaskini maklumat peranti dengan mendedahkan reka bentuknya.

[ BACA : Satu Lagi Peranti Berkamera 48MP?! Meizu Note 9 Hadir Bersama Cip Snapdragon 6150?! ]

Meizu Note 9 (M923Q) bakal menjadi peranti pertama Meizu yang menyokong paparan takuk kecil sebesar titisan air dikenali ‘Waterdrop’. Rekaan tersebut membolehkan peranti ini menyampaikan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi.

Bahagian belakang, peranti ini dilengkapi dengan ketersediaan sistem dwi kamera disusun secara menegak pada sudut kiri (terdapat LED Flash). Pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat turut terbina pada panel belakang.

Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi ‘rumors’ dan tidak dapat dipastikan kesahihannya. Jadi, sama-sama kita tunggu kemunculannya dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here