Ramalan Peranti Hebat Yang Bakal “Menggoncang” Pentas MWC 2019

Pameran mudah alih terbesar dunia, Mobile World Congress (MWC 2019) bakal membuka tirai tidak lama lagi. Pameran teknologi tahunan terbesar ini akan berlangsung di Barcelona bermula 25 hingga 28 Februari 2019.

Kami menjangkakan pameran kali ini bakal menyajikan pelbagai inovasi baru yang pastinya mengubah norma dunia telefon pintar. Termasuklah kemunculan peranti dengan sokongan rangkaian 5G, paparan boleh lipat dan ketersediaan lebih banyak kamera.

Pada posting kali ini, kami kongsikan RAMALAN peranti hebat yang dijangka bakal menggegarkan pentas utama MWC pada tahun ini :

 

1) Samsung Galaxy S10 

Ramai menjangkakan Samsung Galaxy S10 bakal diumumkan pada MWC 2019. Namun, ramalan itu meleset setelah Samsung mengesahkan ia bakal muncul pada 21 Februari ini dalam sebuah acara di San Francisco. Samsung turut memberi gambaran peranti boleh lipat mereka juga bakal muncul pada majlis yang sama.

Pun begitu, ia tidak bermakna Samsung bakal ‘berdiam diri’ pada persidangan MWC kali ini kerana ada kemungkinan besar syarikat gergasi ini bakal hadir dengan beberapa lagi peranti hebat lain pada acara tersebut.

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

 

2) Peranti HUAWEI Dengan Sokongan 5G

HUAWEI telah pun mengesahkan bahawa bakal memperkenalkan peranti 5G pertama mereka pada persidangan MWC pada tahun ini. Syarikat tersebut turut mendedahkan peranti tersebut bakal hadir dengan rekaan paparan boleh lipat dan dilengkapi cip Kirin 980 bersama modem 5G ciptaan mereka iaitu Balong 5000.

Butiran lengkap mengenainya masih belum diperoleh buat masa ini. Namun, ketirisan maklumat sebelum ini mengatakan peranti tersebut mungkin mempunyai paparan bersaiz 8 inci dalam mod tablet dan 5 inci apabila dilipat sebagai telefon biasa.

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

 

3) Nokia 9 PureView

Maklumat mengenai Nokia 9 PureView telah pun membanjiri media sosial sejak tahun lalu. Menarik mengenainya adalah ketersediaan lima kamera pada panel belakang. Baru-baru ini HMD Global telah mengeluarkan poster acah untuk acara mereka di MWC 2019 – imej memperlihatkan sekilas pandang seumpama rekaan peranti tersebut. Jika ianya benar, HMD Global DIRAMAL memperlihatkan model itu pada persidangan itu kelak!

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

 

4) Sony Xperia XZ4

Sony sering kali muncul dengan lebih daripada satu peranti pada acara MWC dan syarikat tersebut DIRAMALKAN bakal membawa Sony Xperia XZ4 pada acara kali ini. Ketirisan maklumat sebelum ini mendedahkan Sony Xperia XZ4 mempunyai nisbah aspek 21:9 bersama bezel yang nipis dan menggunakan cip Snapdragon 855 yang terbaru.

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

 

5) Peranti Xiaomi Dengan Sokongan 5G

Xiaomi dikhabarkan bakal memperkenalkan peranti pintar dengan sokongan 5G pada acara MWC tahun ini. Selain itu, syarikat ini juga dikatakan bakal muncul dengan beberapa lagi peranti hebat lain namun masih berteka-teki mengenainya.

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

 

7) OPPO F11 Pro 

Ketirisan maklumat mengenai OPPO F11 Pro kerap kali muncul di media sosial. Video dan poster acah juga kelihatan begitu menonjol. Sehubungan itu, OPPO DIRAMALKAN berkemungkinan muncul dengan model tersebut pada acara ini. Tapi bagaimanapun ia hanya RAMALAN.

OPPO F11 Pro bakal dilengkapi kamera 48MP – mengutamakan keupayaan gambar dalam pencahayaan rendah – dijangka dilengkapi mod malam yang menyokong teknologi AI.

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

 

6) Energizer Power Max P18K Pop 

Sebuah lagi peranti yang kami jangkakan bakal menggoncang pentas MWC pada tahun ini adalah Energizer Power Max P18K Pop. Menarik mengenainya, ia dilengkapi  bateri sebesar 18,000mAh yang dikatakan boleh bertahan sehingga 50 hari dengan sekali caj! Pada masa sama, pihak Energizer juga dikhabarkan bakal muncul dengan beberapa lagi peranti lain pada acara ini.

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan :

 

Untuk makluman, banyak lagi syarikat lain yang turut menyertai dan memperlihatkan peranti dengan inovasi terkini. Namun, senarai berikut adalah antara RAMALAN kami untuk peranti yang bakal menonjol. Apa lagi yang anda harapkan pada acara MWC kali ini? Kongsikan dengan kami!

You might also like