Pendedahan Ujian Benchmark Xiaomi Mi 9 – Mendahului Kirin 980 Sebanyak 26%!

425
- Iklan -

Pelancaran Xiaomi Mi 9 bakal diumumkan pada 20 Februari ini, semakin banyak informasi dikongsikan oleh Lei Jun di Weibo dan forum Xiaomi sendiri.

via GIPHY

Setelah reka bentuk Xiaomi terdedah di laman sesawang, prestasi dalaman Mi 9 turut menjadi tumpuan seluruh dunia. Menurut apa yang dikongsikan, peranti ini menggunakan cip pemproses Snapdragon 855 dan mempunyai prestasi yang cukup menakjuban di mana ia mencapai skor 387851 dalam versi Antutu v7.2.4.

Dalam carta ujian benchmark Antutu, peranti yang paling memuaskan di bawah Snapdragon 845 adalah Nubia Mars dengan skor 320996, manakala Huawei Mate 20 yang beroperasi di bawah Kirin 980 mencapai skor 308140, serta iPhone XS mencapai skor 361035.

Bermakna Mi 9 adalah 20.8%, 25.9% dan 7.4% lebih tinggi berbanding Nubia, Huawei dan iPhone. Prestasi yang semakin meningkat dan berkuasa ini turut menjadikan ia sebuah peranti yang mesti dimiliki tahun baru ini.

__________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here