OPPO Umum 3 Pasaran Eropah Terbaharu, Perluas Pasaran Di UK, Turkey Dan Poland

188
**********

 


OPPO minggu lalu telah mengumumkan 3 pasaran Eropah terbaharu dengan pelancaran berturut-turut di United Kingdom, Turkey dan Poland. Memulakan siri pelancaran adalah di Tower Bridge di London pada 29 Januari (waktu tempatan) dengan bertemakan “The Time is Now”.

Menyoroti teknologi pengecasan SuperVOOC, Flagship Find X dan R-series (RX17 Pro dan RX17 Neo, di pasaran Eropah).

Pada 30 Januari pula merupakan pelancaran kedua di Turkey (RX17 PRO, RX17 NEO, AX7) dan Poland (Find X Lamborghini, Find X, RX17 PRO, RX17 NEO, AX7).

Ketiga-tiga majlis pelancaran ini dihadiri oleh wakil dari Qualcomm yang mana kedua-dua syarikat ini menekankan kepentingan kolaborasi dalam era 5G dan OPPO menunjukkan telefon pintar 5G dijangka akan dilancarkan pada 2019.

Ketika majlis pelancaran tersebut, OPPO turut mengumumkan akan menjadi penaja rasmi konfiderasi Kriket Antarabangsa 2019.

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here