OPPO Catat Peningkatan Peratusan Saham Dalam Pasaran Telefon Pintar China

480
**********

Memetik laporan Canalys baru-baru ini, bahagian pasaran lima vendor telefon pintar teratas telah meningkat dari 73% pada 2017 kepada 88% pada tahun berikutnya, 2018.

OPPO berjaya mencatatkan skor terbaik sebanyak 20% daripada jumlah unit pangsa pasar dalam pasaran telefon pintar China – sekaligus memegang status runner-up pertama dengan peningkatan saham sebanyak 2% berbanding tahun 2017.

2018 merupakan tahun terpenting bagi OPPO – Di samping mengekalkan kedudukannya di rantau Asia, OPPO juga memperkenalkan pelbagai inovasi terkini untuk penggunanya. Termasuk : teknologi Light Structured 3D, Super VOOC Flash Charging dan lebih banyak karya seni halus untuk rekaan perantinya – 3D Misted Glass & kecerunan tri-warna.

OPPO juga mengekalkan tempatnya sebagai telefon pintar nombor 1 di Asia dengan 16% bahagian pasaran, berdasarkan laporan yang dinyatakan sebelum ini. Usaha OPPO ternyata memberikan ganjaran setimpal – muncul sebagai sebuah jenama paling popular dalam kalangan pengguna khususnya anak-anak muda.

Tidak terhenti di situ, OPPO turut mengesahkan penampilannya dalam acara Mobile World Congress (MWC) 2019 yang berlangsung pada Februari ini dengan memperkenalkan teknologi zoom 10 lossless terkini.

OPPO turut membangunkan satu penyelesaian 3 kali ganda kamera – terdiri daripada “Ultra Wide Angle + Ultra Clear Master + Telephoto. Ketiga-tiganya berfungsi bagi menghasilkan imej yang berkualiti tinggi.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here