MWC 2019: Siri Wiko View3 Bakal Tampil Dengan Rekaan Lebih Menarik

273
**********

Dalam acara MWC 2019 ini juga pengeluar dari Perancis, Wiko telah muncul dengan siri terbaru mereka yang diberi nama View 3 dan View 3 Pro.

Siri baharu untuk kali ini mempunyai reka bentuk yang lebih menawan berbanding peranti sebelumnya, sebilangan peningkatan dari segi prestasi juga tidak ketinggalan salah satunya adalah penggunaan kaca pada panel belakang dan rekaan tri kamera.

Siri View 3 menggunakan sistem operasi Android 9 Pie, sama-sama dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang mana turut menyokong sistem pengecasan pantas. Tambahan lagi, sistem keselamatan seperti pengimbas cap jari dan pengecaman wajah juga tersedia dalam siri ini.

Seperti nama yang diberi, View 3 Pro mempunyai kuasa dalaman yang lebih premium di mana ia hadir dengan skrin bersaiz 6.3 inci FHD+, cip pemproses MediaTek Helio P60 Octa-core, pilihan 4GB/6GB RAM dan 64GB/128GB ROM, penambahan kad microSD sehingga 256GB, sambungan NFC dan USB Type-C.

Bagi penggambaran pula, gabungan tri-kamera utama terdiri daripada 12MP + 13MP + 5MP dan 16MP kamera swafoto yang menggunakan rekaan takuk pada skrin.

Beralih ke View 3, model ini menggunakan pemproses MediaTek Helio P22, 3GB RAM dan 64GB ROM yang menyokong kad microSD sehingga 256GB. Paparan skrin lebih kecil dari versi Pro iaitu 6.26 inci HD+, kamera utama tetap menggunakan tiga sensor 12MP + 13MP + 2MP dan kamera swafoto pula beresolusi 8MP.

View 3 terdapat tiga pilihan warna iaitu Night Blue, Blush Gold dan Electro Bleen, ia di tawarkan pada harga 179 Euro (kira-kira RM828). View 3 Pro pula hanya ada Nightfall dan Ocean warna untuk dipilih, harganya adalah 249 Euro (kira-kira RM1,151) bagi versi 4GB, sementara versi 6GB berharga 299 Euro (kira-kira RM1,383).

Siri View 3 akan mula dipasarkan pada Mei  2019, buat masa kini pasaran tempatan masih tidak diketahui tarikh rasmi lagi.

______________________________

♦ Ikuti laporan MWC 2019 di sini. ♦

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here