MWC 2019: HUAWEI Lancar MateBook 13 Dan 14, Disertakan Dengan FullView Display Yang Mempersonakan

403

Kehangatan pelancaran peranti pada Mobile World Congress 2019 (MWC 2019) belum lagi berhenti, HUAWEI turut melancarkan 2 model komputer riba terbaharu, HUAWEI MateBook 13 dan MateBook 14 yang menampilkan FullView Display. Apa yang pasti, kedua-dua peranti ini tampil dengan saiz bezel yang sangat nipis.

Dalam aspek paparan, kedua-dua komputer riba ini tampil dengan paparan skrin sesentuh dengan saiz masing-masing berukuran 13 inci dan 14 inci serta resolusi 2160 x 1440 piksel. Kedua-dua model ini dikuasakan dengan pemproses Intel Core i5-8265U dan i7-8565U generasi ke-8.

Sistem penyejukan kedua-dua peranti ini juga adalah sangat baik apabila ia didatangkan dengan kipas Huawei Shark Fin Fans 2.0 yang lebih senyap dan sejuk. Dari aspek keselamatan pula, kedua-dua peranti ini tersedia butang kuasa dan pengecaman cap jari terbina di dalam.

Dari aspek grafik pula terdapat perbezaan bagi kedua-dua peranti ini. Bagi MateBook 13, ia disertakan dengan kad grafik Intel UHD Graphics 620 atau NVIDIA GeForce MX150. Bagi MateBook 14 pula, ia tampil dengan kad grafik Intel UHD Graphics 620 atau NVIDIA GeForce MX250 (2GB GDDR5 VRAM).

Dari aspek memori pula, MateBook 13 tersedia dengan 8GB dan storan sebanyak 256GB / 512GB. Bagi MateBook 14 pula, ia disertakan dengan memori 8GB /16GB dan storan adalah sama seperti MateBook 13.

Buat peminat HUAWEI yang ingin memiliki komputer riba ini, Matebook 13 akan mula dijual pada Februari 2019 pada harga bermula dari €999 ( kira-kira RM4611) manakala MateBook 14 pula tersedia bermula April pada harga bermula dari €1199 (kira-kira 5534).

♦ Ikuti laporan MWC 2019 di sini. ♦

_______________________________

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here