Meizu Bakal Perkenal Produk Baru Pada 14 Februari 2019 – Adakah Berkemungkinan Meizu Note 9?

Keadaan di media sosial menjadi sedikit ‘hangat’ apabila Meizu mengeluarkan poster acah berkaitan acara pelancaran produk baru pada 14 Februari ini. Jika diamati dengan teliti, poster itu dilihat hadir dengan imej berbentuk telefon pintar bersama corak bernombor “3”.

Meskipun Meizu tidak mendedahkan secara spesifik model yang bakal dilancarkan, namun ramai mula membuat spekulasi bahawa syarikat tersebut berkemungkinan ‘melepaskan’ Meizu Note 9 selepas banyak kebocoran mengenainya muncul sejak kebelakang ini.

Pun begitu, maklumat tertiris hanyalah ‘rumors’ semata-mata. Untuk maklumat lanjut, sama-sama kita tunggu majlis pelancaran kelak dan lihat apakah kejutan dibawa oleh Meizu. Kekal bersama eRing untuk info terkini!

[SUMBER, SUMBER 1]

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

 

You might also like