Medan Pertempuran Baharu! Permainan Klasik Tetris Kini Boleh Bermain Bersama 99 Pemain!

382
**********

Siapa peminat permainan klasik Tetris? Permainan ini kini tampil muka segar dengan nama Tetris 99 yang baru sahaja diperkenalkan oleh Nintendo, cara bermain masih sama seperti klasik hanya ada sedikit tambahan sahaja.

Penyusunan blok seperti biasa boleh dimain bersama 98 pemain lain, anda perlu bertahan sehingga ke peringkat akhir untuk menjadi pemenang. Sepanjang permainan ini, anda boleh menyerang pemain lain dengan blok yang tidak digunakan dan mereka yang diserang juga dapat mengetahui siapa yang menyerang dengan garisan kuning dari slot penyerang.

Selain menyerang, blok yang tidak digunakan juga boleh dijadikan hadiah kepada pemain lain sebagai bantuan apabila mereka perlukan. Seramai 99 pemain dalam satu permainan tentunya sangat excited kan! Berminat boleh muat turun secara percuma sekarang di Nintendo.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here