LG G8 ThinQ Bakal Dilengkapi Sistem Imbasan Wajah 3D Dengan Kamera TOF

117
**********

LG bakal memperkenalkan peranti terbaharu iaitu LG G8 ThinQ dalam acara Mobile World Congress (MWC) 2019 dan mereka mendedahkan bahawa model tersebut menyokong sistem nyahkunci menggunakan wajah 3D dengan kamera ToF.

Sensor tersebut dibangunkan oleh syarikat teknologi Jerman Infineon dan LG menyatakan bahawa ia bakal memberikan tahap keupayaan baru pada kamera hadapan dalam dunia telefon pintar.

Nampaknya, perkara ini amat menarik kerana ia berkemungkinan kali pertama kamera ToF digunakan pada kamera hadapan. Apa pula kata anda mengenainya? Sama-sama kita tunggu kemunculannya!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here