OpenSignal Dedah Laporan Kelajuan Rangkaian 4G Untuk Pengguna Di Malaysia

478
**********

OpenSignal telah pun mengeluarkan laporan berkaitan kelajuan rangkaian 4G untuk pengguna di Malaysia. Laporan tersebut mendedahkan Malaysia menduduki tangga ke-66 daripada 77 negara dengan kelajuan 4G terbaik yang dikaji oleh mereka.

Malaysia mencatatkan purata kelajuan 21Mbps pada waktu kemuncak sekaligus dilihat lebih pantas berbanding Philipina (19Mbps), Indonesia (18.5Mbps) dan Thailand (11.7Mbps).

Pun begitu, laporan mendedahkan Kemboja (23.1Mbps), Vietnam (26.4Mbps), Myanmar (32.7Mbps) dan Singapura (54.7Mbps) menawarkan kelajuan yang lebih pantas. Keseluruhannya, tangga teratas diduduki oleh Korea Selatan dengan purata 55.7Mbps.

Menurut laporan tersebut, rangkaian 4G di Malaysia menunjukkan kebolehubahan kelajuan melampau bergantung pada masa. Kelajuan adalah serendah 9 Mbps pada jam 10 malam dan setinggi 21 Mbps antara jam 1 hingga 3 pagi.

Keadaan ini berlaku berkemungkinan disebabkan oleh kesesakan pada rangkaian kerana kelajuan paling lambat selalu berlaku apabila permintaan untuk data mudah alih adalah yang tertinggi.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here