Kolaborasi Realme Malaysia Dan Lazada Malaysia Sempena Super Brand Day, Tawar Harga Terbaik Dan Hadiah Menarik

437
**********

Realme Malaysia kini berkolaborasi bersama Lazada Malaysia sempena Super Brand Day yang akan berlangsung pada 27 Februari pastinya menyajikan pengurangan harga serta hadiah eksklusif.

Pada tawaran tersebut, beberapa tawaran istimewa akan diberikan. Pada hari tersebut, Realme C1 yang disertakan dengan 2GB RAM and 32GB ROM akan membuat kemunculan sulungnya di Lazada. Produk lain juga turut tersedia termasuklah Realme C1 (2GB RAM + 16GB ROM), Realme 2 (3GB RAM + 32 GB ROM, 4GB RAM + 64GB ROM), Realme 2 Pro (4GB RAM + 64GB ROM, 8GB RAM + 128GB ROM) dan Realme earphones.

Terdapat potong harga yang sangat gila pada hari tersebut. Bagi model telefon Realme C1 (2GB RAM+16GB ROM) pada 12 tengah malam, Realme 2 Pro (4GB RAM + 64GB ROM) pada 9 pagi dan Realme Earphone pada 7 malam.

Sebagai sebahagian daripada Lazada Super Brand day, Realme Malaysia akan menyediakan potong harga bagi model realme C1, pada 21, 23, 25 dan 27 Februari. Bagi Realme 2 pula adalah pada 22 dan 24 Februari dan Realme 2 Pro pula pada 26 Februari.

Anda juga berpeluang memenangi hadiah eksklusif iaitu Realme Earphone pada harga istimewa. Caranya mudah sahaja:

  1. Klik ‘Follow pada Realme Flagship Store.
  2. Realme akan unlock harga istimewa Realme Earphone untuk 5 pasang sekiranya follower Realme Flagship Store mencapai 35 ribu.

Anda juga berpeluang memenangi sebuah power bank. Ikuti langkah ini:

  1. Beli Realme C1.
  2. Tinggalkan review pada laman produk dengan imej bagi meningkatkan peluang anda untuk memenangi sebuah power bank.

Pertandingan ini berakhir pada 3 Mac jam 11.59 malam. Pemenang akan dipilih secara rawak dan akan dihubungi melalui email.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Realme Malaysia’s official Lazada store .

____________________________________

Baca juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here