HUAWEI Perkukuh Pasaran Tablet, Meningkat Ditangga Ketiga Top 5 Syarikat Pengeluar Tablet

149
**********

HUAWEI terus melangkah ke hadapan dengan memperkukuhkan pertumbuhan jualan bagi table di Malaysia dan di seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah HUAWEI MediaPad M5 menjadi produk paling laris bagi pasaran produk 8 inci.

HUAWEI telah bergerak ke tangga ketiga bagi top 5 syarikat Pengeluar tablet dan telah mengalahkan Apple dan Samsung dari segi pertumbuhan tahun ke tahun.

Dari data awal mendedahkan bahawa HUAWEI telah menghantar jumlah keseluruhan 14.5 juta tablet pada suku tahun terakhir yang mana menunjukan peningkatan 15% berbanding tahun 2017. Hanya HUAWEI sahaja yang mengekalkan pertumbuhan positif iaitu 14.9%.

Tablet terbaharu keluaran HUAWEI iaitu HUAWEI MediaPad T5 pastinya 1 tarikan terbaharu. Disertakan dengan paparan 10.1 inci FUll HD IPS Screen yang menyokong resolusi 1920 x 1200. Pastinya ia sangat sesuai digunakan untuk menonton movie dan drama. Ia juga boleh dihubungkan terus dengan mana-mana peranti telefon pintar HUAWEI, Windows PC dan Mac.

HUAWEI juga memastikan peranti ini sesuai digunakan oleh kanak-kanak dengan pra-pemasangan Children’s Corner yang mana ibu bapa boleh meletakkan had masa penggunaan dan memilih isi kandungan untuk dilihat oleh anak-anak.

HUAWEI MediaPad T5 dijual pada harga RM999 dan boleh dibeli di semua HUAWEI Experience Stores, zon paparan dan pengedar sah dan syarikat telco. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang HUAWEI atau laman rasmi Facebook HUAWEI.

Baca juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here