HUAWEI nova 3i Menerima Kemas Kini EMUI 9.0 Mulai 1 Mac 2019

1072
- Iklan -

Setelah ujian beta EMUI 9.0 pada Disember lalu, kini pengguna HUAWEI nova 3i boleh menikmati prestasi dan peningkatan yang unggul kerana kemas kini EMUI 9.0 secara rasminya akan tersedia mulai 1 Mac 2019.

EMUI 9.0 merupakan sistem antara muka pengguna yang unik, dengan prestasi yang lebih baik dan ciri-ciri terkini untuk melengkapi kebolehgunaan dan pengalaman pengguna melalui elemen teknologi canggih.

Dalam pengemaskinian kali ini, pengguna nova 3i dapat menikmati ciri-ciri berprestasi tinggi serta pengalaman yang dipertingkatkan seperti HiVision, GPU Turbo 2.0, Huawei Share dan Galeri AI.

Pengguna boleh mendaftar kemas kini melalui aplikasi HUAWEI HiCare:

  1. Muat turun / buka aplikasi HUAWEI HiCare
  2. Log masuk dan cari “Update”
  3. Klik “Apply” untuk pengemaskinian
  4. Muat turun dan install EMUI 9.0 pada peranti anda

Maklumat lanjut mengenai EMUI 9.0, layari laman HUAWEI.

**(Nota: Versi EMUI 9.0 mungkin berbeza berdasarkan negara)

___________________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here