HUAWEI Bakal Hadir Dengan Peranti 5G Pertama Pada Persidangan MWC 2019

162
**********

Persidangan Mobile World Congress (MWC) 2019 bakal membuka tirai tidak lama lagi dan banyak pengeluar mula berkongsi maklumat mengenai produk baru yang akan diperkenalkan.

Malah, ramai menjangkakan pentas persidangan MWC pada tahun ini bakal dibanjiri oleh pelbagai teknologi serta inovasi menarik termasuklah kemunculan peranti dengan sokongan rangkaian 5G dan paparan boleh lipat.

Selari dengan perkara itu, HUAWEI turut mengesahkan bahawa pihaknya bakal memperkenalkan peranti 5G pertama mereka pada persidangan tersebut yang  berlangsung di Barcelona.

HUAWEI mengatakan peranti 5G ini bakal dijana oleh cip kirin 980 dan dilengkapi modem 5G ciptaan mereka iaitu Balong 5000. Lebih menarik, peranti tersebut dikatakan hadir dengan rekaan paparan boleh lipat.

Tidak terhenti di situ, sebaliknya HUAWEI menambahkan kejutan berganda apabila berkongsi mengenai tarikh rasmi pengenalan untuk model tersebut – 24 Februari 2019 di persidangan MWC 2019.

Pengumuman itu dibuat oleh HUAWEI sendiri menerusi sebuah posting di akaun Twitter rasmi mereka. Nampaknya HUAWEI penuh kejutan tersendiri. Sama-sama kita tunggu kemunculannya dan kekal bersama eRing untuk info terkini!

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here