HONOR View20 Peranti Terlaris Di Senheng Dan Access Member

292
**********

Sejak ia diperkenalkan di pasaran pada 26 Januari lalu, HONOR View20 telah membawa 1 fenomena baharu yang mana ia telah mencapai 1000 unit terjual dalam masa 2 hari jualan. Kini peranti ini telah menjadi antara peranti terlaris Senheng Electric (K.L) Sdn Bhd dan Access Member Marketing Sdn Bhd.

Peranti ini pastinya memperlihatkan penerimaan yang menakjubkan disebabkan spesifikasinya yang menarik. Disertakan dengan kamera belakang dengan 48MP yang pertama di dunia, teknologi GPU turbo 2.0 dan kamera pada skrin dalam 1 peranti. Turut disertakan pada peranti ini ialah cipset KIRIN 980.

HONOR View20 tersedia pada harga RM1999(6GB + 128GB) yang didatangkan dengan warna Sapphire Blue dan classic Midnight Black. 1 lagi varian adalah dijual pada harga RM2499 (8GB + 256GB) dengan warna Phantom Blue.

Apa tunggu lagi, pergi ke kedai Senheng, senQ Digital Stations atau Access Member untuk mendapatkan peranti terbaharu HONOR View20.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang HONOR Malaysia, atau Facebook rasmi HONOR.

___________________________

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here