Gambar Hands-On Xiaomi Black Shark 2 Tertiris?!

417
- Iklan -

Peranti Xiaomi Black Shark 2 mula diheboh-hebohkan pada Oktober lalu, tetapi masih tidak ada perkembangan lanjut dari jenama ini.

Terbaru gambar hands-on Black Shark 2 tertiris di laman Twitter XiaomiShka, menerusi gambar kerangka peranti ini menggunakan warna hitam dengan jalur hijau seperti mana rekaan Black Shark dan Black Shark Helo.

Bahagian kamera akan diletakkan pada sisi kiri atas dengan sokongan dwi sensor, namun spesifikasi lebih teliti masih tidak diketahui. Menurut ura-ura, versi baharu ini dilengkapi dengan cip pemproses terbaru iaitu Snapdragon 855, 12GB RAM dan beroperasi Android Pie.

Redmi Note 7 & Xiaomi Mi 9 Melepasi SIRIM! Bakal Dilancarkan Pada Mac 2019! ]

Disebabkan ia merupakan sebuah peranti yang memfokuskan pada permainan mudah alih, adalah mustahil teknologi pengecasan pantas 27W seperti yang dijana pada Xiaomi Mi 9 bakal digunakan padanya. Apa-apa pun kita nantikan ketibaannya kelak.

[ SUMBER ]

_____________________________

Artikel Berkaitan:

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here