Galaxy M30 Bakal Dilancarkan Pada 27 Februari ini?

415
- Iklan -

Sebelum ini Samsung telah melancarkan Galaxy M10 dan M20. Baru-baru ini Samsung telah memberi bayangan bawa M30 bakal dilancarkan pada 27 Februari ini di India. Hal ini terdedah dalam 1 tweet menerusi akaun twitter Samsung Mobile India.

Pada ketika ini, masih belum diketahui sepenuhnya spesifikasi peranti ini. Apa yang diketahui buat masa ini ialah peranti ini dikatakan akan menggunakan paparan infiniti U AMOLED yang bersaiz 6.4 inci.

Menurut perkhabaran, peranti ini didakwa disertakan dengan cip Exynos 7904 dan storan sehingga 128GB serta RAM sehingga 6GB. Kapasiti bateri pula dikhabarkan akan disertakan dengan 5000mAh. Dari aspek kamera pula, ia disertakan dengan 13MP+5MP pada dwikamera pada bahagian belakang serta 16MP pada kamera hadapan.

__________________________

Baca juga:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here