Daftar Minat Samsung Galaxy S10 Telah Ditawarkan Di Lazada

469
- Iklan -

Pelancaran Samsung Galaxy S10 tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi. Dan pastinya peminat peranti ini sudah tidak sabar-sabar untuk memiliki peranti ini. Samsung dijangka bakal memperkenalkan tiga model Galaxy S10 iaitu Galaxy S10e, Galaxy S10 dan juga Galaxy S10 Plus dan bakal dirasmikan 21 Febuari ini.

Justeru Lazada, laman membeli-belah atas talian yang popular kini telah membuka daftar minat bagi peranti ini di laman rasmi mereka.

Menerusi laman sesawang tersebut, diperlihatkan bahawa peranti tersebut ditawarkan untuk pra-tempahan melalui laman sesawang mereka pada 21 Febuari ini jam 10 pagi.

Pada ketika ini, masih tidak diketahui tawaran atau hadiah ganjaran yang bakal dimiliki jika mereka melakukan pra-tempahan ini.

________________________

Baca juga:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here