[BOCOR] : Adakah Ini Gambaran Sebenar Sony Xperia XA3?!

241
**********

Sebelum ini, kami pernah berkongsi berita ketirisan mengenai Sony Xperia XA3 yang mana mendedahkan sedikit sebanyak mengenai reka bentuk peranti tersebut. Kini, muncul pula beberapa imej yang didakwa memberi gambaran sebenar mengenai peranti tersebut.

[ BACA : Info Tertiris: Sony Xperia XA3 dan L3 Dijangka Umum Tahun Hadapan ]

Sumber berkata, imej tersebut diambil daripada sebuah video yang mana kini telahpun dipadamkan. Walaupun tidak begitu jelas namun imej tertiris kelihatan selari dengan kebocoran sebelum ini – menunjukkan saiz paparan yang sangat tinggi dan memanjang.

Selain itu, terdapat ketersediaan sistem dwi-kamera yang diletakkan secara melintang (terdapat LED Flash). Memetik sumber, salah satu daripada kamera ini dikhabarkan memliki lensa sebesar 23MP.

Pun begitu, maklumat tertiris hanyalah sekadar rumors semata-mata. Sama-sama kita tunggu kemunculannya yang dikatakan bakal diperkenal di MWC tahun ini. Kekal bersama eRing untuk maklumat terkini!

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here