Ayuh Meriahkan ROG x Free Fire “All Stars Brawl” – Promosi Istimewa Menanti Anda!

ASUS bakal mengadakan gaming tournament, ROG x Free Fire “All Stars Brawl” pada 16 dan 17 Februari 2019 bertempat di Sunway Pyramid. Sehubungan itu, ASUS mengajak orang ramai untuk turun bersama memeriahkan tournament ini.

Di samping itu, orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan selebriti e-sukan kegemaran ramai bersaing antara satu sama lain dengan peminat mereka dalam permainan, Free Fire.

Pada masa sama, ASUS turut mengadakan promosi khas dan potongan harga sehingga RM500 untuk sebilangan produk terpilih. Promosi tersebut adalah seperti berikut :

  • Dengan pembelian  ASUS ROG Phone (8GB +128GB) ATAU ASUS ROG Phone (8GB + 512GB) – 6 pembeli bertuah berpeluang menerima headset menerusi aktiviti cabutan bertuah.
  • ASUS ZenFone 5Z (6GB + 128GB) dijual pada harga HANYA RM 1,499 (Harga asal : RM 1,899)
  • ASUS ZenFone 5Z (8GB + 256GB) dijual pada harga HANYA RM 1,799 (Harga asal : RM 2,299)

Tidak ketinggalan, terdapat juga promosi istimewa untuk beberapa produk ASUS yang lain. Antaranya seperti : ASUS ZenFone Max Pro (M1) (6GB + 64GB), ASUS ZenFone Max Pro (M2) (4GB + 64GB) dan banyak lagi! Maklumat lanjut, KLIK PADA PAUTAN INI!

You might also like