Xiaomi Mi MIX 3 Dijual Pada Harga Bermula RM 2,199 – Ketersediaan 12 Januari 2019!

514

Persoalan mengenai harga jualan untuk model Xiaomi Mi MIX 3 akhirnya terjawab apabila Xiaomi hari ini mengumumkan ketersediaan jualan peranti tersebut untuk pasaran Malaysia bermula 12 Januari 2019!!

Mi MIX 3 tersedia dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Onyx Black dijual pada harga RM2,199 manakala, Jade Green dan Sappire Blue pula pada harga RM 2,299. Ketiga-tiga warna menawarkan kapasiti memori sebesar 6GB + 128GB.

3 Pilihan Warna Xiaomi Mi MIX 3

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan peranti ini menerusi kedai-kedai konsep Xiaomi (Mi Store), pengedar-pengedar sah Xiaomi atau gedung membeli belah atas talian seperti Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Xiaomi Mi MIX 3

  • Skrin 6.39 inci AMOLED FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 6GB + 128GB
  • MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie
  • Kamera utama: 12MP (f/1.8) + 12MP (f/2.4)
  • Kamera swafoto : 24MP (f/1.8) + 2MP (f/2.2)
  • 3200 mAh (melalui Quick Charge 4+)

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here