Kalau anda pemandu di kawasan KL atau Selangor, mesti berasa terdesak sangat terutamanya sudah 30 minit mencari tempat parkir. Akhirnya terjumpa dan siap berhenti kereta di tempat parkir, mesin pembayaran pula yang buat hal.

Macam mana?! Aplikasi Boost adalah salah satu jalan penyelesaian, hanya perlu membuat bayaran melalui aplikasi ini maka anda boleh elakkan sebarang masalah mesin rosak, atau tidak cukup duit syiling.

Bayar Tempat Letak Kereta & Bil Utiliti Dengan Aplikasi Boost?!

Lebih-lebih lagi Boost akan mengingatkan anda sekiranya melebihi masa yang dibayar, di mana kemudahan ini tidak mungkin ada pada sistem tradisional.

 

Bagaimana berfungsi? Semak 5 cara ringkas di bawah:

1) Muat turun aplikasi Boost (Android / iOS)

2) Buka aplikasi Boost, tekan “Do More” dan pilih “Parking”.
3) Masukkan butiran kereta seperti nombor pendaftaran dan warna

4) Pilih lokasi tempat parkir
5) Pilih tempoh waktu letak kereta dan bayar

Pegawai penguatkuasa akan menyemak pembayaran anda melalui sistem mereka, jadi tidak perlu risau kereta kena saman.

_______________________________________

Artikel Berkaitan:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here