Theo Zhu Dilantik Sebagai Duta HONOR 10 Lite

542

HONOR telah mengumumkan tarikh 8 Januari 2019 sebagai hari pelancaran rasmi telefon terbaharu keluaran mereka iaitu HONOR 10 Lite untuk pasaran tempatan. Model ini dilihat memiliki rekaan menarik yang tersendiri di samping dilengkapi spesifikasi berkelas premium.

Bersempena meraikan pelancaran jenama ini, HONOR turut tidak ketinggalan melantik penyanyi pop terkenal China iaitu Theo Zhu sebagai duta baru HONOR 10 Lite dalam memperkenal dan mempromosikan produk tersebut.

HONOR 10  membawakan rekaan skrin bertakuk kecil pada saiz 6.21 inci dengan resolusi FHD. Melengkapinya adalah cip pemproses HiSilicon Kirin 710, memori sebesar 3GB RAM bersama storan sehingga 64GB ROM, dwi kamera utama : 13MP+2MP, 24MP kamera hadapan dan bateri berkapasiti 3,400 mAh (melalui port micro USB).

Bagi yang bertanya soal harga, tawaran harga untuk pasaran tempatan masih kekal menjadi tanda tanya. Jadi, sama-sama kita tunggu pelancaram rasmi dan stay tuned bersama eRing!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here