[ Tertiris ] Ujian Benchmark Antutu Sony Xperia XZ4 Mencecah Skor 400,000?!

590
- Iklan -

Sony dikhabarkan bakal menghadirkan Xperia XZ4 pada MWC 2019 bulan Februari nanti, melalui berita yang tertiris peranti ini mempunyai skrin sebesar 6.5 inci dengan nisbah 21:9, pada ketebalan 8.2mm. Artikel Berkaitan: TERTIRIS

Selain itu, fungsi menarik termasuk juga penggunaan tiga kamera yang disusun secara menegak di panel belakang, menjadikannya peranti Sony yang pertama hadir dengan konfigurasi sebegini. Tambahan lagi penawaran cip pemproses terkini Snapdragon 855 yang turut dibekalkan pada Xperia XZ4.

Memandangkan kehadiran Xperia XZ4 semakin dekat, salah satu sumber dari laman web Jepun telah mendedahkan ujian benchmark Antutu dari peranti baharu Sony. Di bawah kod nama I8134, peranti ini mencatatkan skor Antutu setinggi 395,721. Ujian ini sangat mengejutkan, bahkan skor mencecah 400,000 ini telah melepasi siri iPhone XS yang hadir dengan cip pemproses A12, serta siri Huawei Mate 20 di bawah Kirin 980.

Mengikut cara penamaan Sony, model ini boleh dikatakan adalah peranti flagship yang bakal diperkenalkan dan kemungkinan besar adalah Xperia XZ4. Seperti biasa, skor benchmark ini masih tidak dapat pengesahan lagi dari mana-mana pihak.

____________________________________________

Artikel Popular:

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here