[ Tertiris ] Sarung Pelindung Sony Xperia XZ4 Bocor! Rekaan Not Bad…

505
**********

Model terbaharu Sony Xperia XZ4 bakal menghadiri pameran MWC 2019 bulan Februari nanti, seperti biasa sebelum rasmi diperkenalkan peranti ini telah mendapat tumpuan besar. Apatah lagi baru-baru ini tersebar pula ujian benchmark pada Antutu dan Geekbench, yang mana menunjukkan prestasi model baharu ini sangat memuaskan.

Terkini, pengeluar sarung pelindung terkenal Olixar telah mendedahkan sarung pelindung bagi Xperia XZ4, melalui gambar jelas nampak Sony kali ini telah menyambut rekaan yang baharu dengan nisbah skrin 21:9 dibekalkan pada skrin yang bersaiz 6.5 inci.

Rekaan tri-kamera pada panel belakang Xperia XZ4 adalah salah satu fokus utama kali ini, selain itu Snapdragon 855 juga mungkin akan hadir sekali. Untuk model flagship kali ini, pihak Sony juga menegaskan bahawa ia adalah satu pengalaman yang tidak pernah ada sebelum ini. Jadi, kaki Sony sabar menunggu ya Februari ini ya.

________________________________________

Artikel Popular:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here