[Tertiris] : Kapasiti Bateri Siri Samsung Galaxy S10 Kini Muncul Di Internet

538
**********

Maklumat mengenai siri Samsung Galaxy S10 kini semakin banyak yang tersebar melalui media sosial. Terbaru, maklumat berkenaan kapasiti bateri untuk model tersebut turut tertiris.

Ketirisan maklumat mendedahkan Siri Samsung Galaxy S10 telah pun melepasi pensijilan telekomunikasi Anatel di Brazil. Samsung Galaxy S10+ akan dilengkapi bateri berkapasiti 4,000 mAh manakala, Samsung Galaxy S10 hadir dengan bateri sebesar 3,300 mAh. Untuk Samsung Galaxy S10 Lite, ia bakal membawakan bateri lebih kecil iaitu 3,000 mAh.

Apa kata anda mengenai perkara ini? Seperti biasa, maklumat tertiris hanyalah ‘rumors’ dan belum dapat dipastikan kebenarannya. Apapun, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak daripada pihak Samsung.

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here