TERBAIK! HONOR Watch Magic Habis Terjual Dalam Tempoh Satu Jam!

457
**********

HONOR Malaysia merekodkan prestasi yang sangat memberangsangkan apabila jam pintar terbaharu mereka iaitu HONOR Watch Magic semuanya telah habis terjual dalam tempoh hanya satu jam menerusi platform HiHonor pada hari pertama jualannya, hari ini.

Ditawarkan pada harga mampu milik iaitu RM599, kemunculan jam pintar ini ternyata mendapat perhatian dan ia sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh ramai pengguna di seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, kepada semua yang berminat untuk memiliki telefon terbaharu HONOR iaitu HONOR View20, jangan lupa ajak keluarga atau rakan-rakan ke roadshow besar-besaran HONOR bertempat di tingkat bawah, Highstreet @ 1 Utama, ESOK (27 Januari 2019) !!

[ BACA : Jerayawara Jualan Pertama HONOR View20 Terima Sambutan Luar Biasa! ]

Telefon ini tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Sapphire Blue & Midnight Black untuk versi 6GB + 128GB pada harga RM1,999, manakala Phantom Blue untuk versi Moschino 8GB + 256GB pada harga RM2,499.

Paling best, terdapat hadiah istimewa untuk pembeli terawal (terhad kepada 800 orang terawal). Hadiah istimewa tersebut termasuk : HONOR Band 4, HONOR Backpack dan sebagainya! Jangan lupa datang okay!😉😉

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here